KUALA LUMPUR – Dokumentasi terhadap pekerja di tapak pembinaan projek perumahan rumah mampu milik Wilayah Persekutuan di Taman Usahawan Kepong dilakukan sebentar tadi selepas video beberapa pekerja kontrak di situ melakukan solat jemaah tular di laman sosial hari ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, hasil tindakan lanjut, pihak polis mendapati tempat tersebut adalah rumah kongsi pekerja Indonesia muslim.
“Pada masa itu, mereka sedang solat berjemaah dan membaca Surah Yassin sempena malam jumaat.
“Dokumentasi terhadap pekerja tersebut dilakukan dan kita sudah berjumpa dengan mandur mereka supaya menasihatkan pekerja agar tidak berkumpul dalam apa-apa majlis secara beramai-ramai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Arifai, hasil siasatan juga mendapatiapati kumpulan pekerja itu tidak keluar dari tapak pembinaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mereka juga makan secara masak sendiri menggunakan bahan mentah yang dibekalkan pengurus tapak pembinaan. – WILAYAHKU