Berita

DBKL lanjut tutup pejabat, taman awam hingga 14 April

Semua premis pejabat dan taman awam milik DBKL ditutup hingga 14 April. - Gambar hiasan
- Diterbit 26 Mac 2020 3:57 PM MYT

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melanjutkan penutupan premis dan perkhidmatannya hingga 14 April ini.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata, perkara itu adalah selaras pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 sehingga 14 April ini.

“Berikutan itu, DBKL turut melanjutkan penutupan premis dan perkhidmatan semua pejabat-pejabat DBKL; Dataran Merdeka; perkhidmatan kaunter bayaran perumahan, perlesenan dan pusat sehenti (OSC) dan Perkhidmatan Suntikan Tifoid dan Meningitis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khairul Azmir berkata, premis yang turut dianjutkan penutupannya ialah Taman-Taman Awam, Dewan Serbaguna dan Dewan Komuniti; Kompleks Sukan; Perpustakaan Kuala Lumpur, Cawangan dan Perpustakaan Bergerak; kerja-kerja di tapak binaan dan tandas-tandas awam di bawah seliaan DBKL.

Beliau memaklumkan, dalam tempoh penutupan tersebut, orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan perumahan ke Bilik Gerakan DBKL(Perkhidmatan) di talian, 03-9226 3112, 03-9226 1312 dan 03-9226 1222.

Katanya, bagi aduan kecemasan pula, boleh hubungi talian, 03-4024 4424,03-4026 7222 atau layari portal, http://ispaaadbkl.dbkl.gov.my atau emel ke [email protected]WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas