Berita

Peminjam skim beli rumah YWP boleh tangguh bayaran 6 bulan

Penyewa PPR/PA DBKL dapat pengecualian sewa selama sebulan ekoran Covid-19. Gambar hiasan
- Diterbit 25 Mac 2020 9:53 AM MYT

PUTRAJAYA – Seramai 40,000 penyewa Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diberikan pengecualian bayaran sewa selama sebulan bagi Mac ini untuk meringankan beban mereka ekoran wabak Covid-19

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, selain tidak perlu membayar sebulan sewa, mereka turut boleh menangguhkan pembayaran sewa selama dua bulan selepas itu iaitu April dan Mei 2020.

Selain itu, bagi pembeli rumah PA/PPR DBKL melibatkan 6,000 orang pula akan diberikan moratorium atau penangguhkan bayaran balik pinjaman selama enam bulan selaras dengan keputusan kerajaan hari ini.

Beliau berkata, pembeli tersebut membuat pinjaman dengan anak syarikat Yayasan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikannya iaitu di bawah Skim Pembiayaan Khas Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan (SPWP).

“Walaupun dalam kertas Kabinet yang saya bentangkan kita cadang hanya tiga bulan, tetapi kita selaraskan enam bulan juga. Walaupun syarikat itu bukan bank, kita selaraskan dengan tempoh bayaran balik akan dilakukan kemudian,” katanya.

Kemudahan melibatkan kos hampir RM5 juta itu merupakan sebahagian daripada Inisiatif Wilayah Cakna yang diumumkan Annuar hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas