Berita

Malaysia catat kematian ketiga Covid-19

PETUGAS jururawat diutamakan dalam pengambilan 2,000 kontrak perubatan.
- Diterbit 20 Mac 2020 1:36 PM MYT

KUALA LUMPUR – Seorang pesakit Covid-19 meninggal dunia petang tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat jangkitan virus tersebut tiga kes setakat ini.

Berita berkenaan dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah di laman Facebook rasminya.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu kematian yang melibatkan kes ke-152.

“Mangsa merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh,” katanya.

Noor Hisham berkata, pesakit berkenaan telah dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah pada 9 Mac lalu dan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection

“Pesakit telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama.

“Kesihatan mangsa merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada pukul 6.27 petang,” katanya – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas