Berita

Unit Penerangan buat hebahan bergerak

UNIT kenderaan Japen yang digunakan untuk menjalankan hebahan bergerak berkaitan Covid-19 di Labuan.
- Diterbit 20 Mac 2020 2:47 PM MYT

LABUAN – Jabatan Penerangan (Japen) Labuan mengambil inisiatif meneruskan hebahan bergerak menggunakan unit kenderaannya bagi menyebarkan maklumat kepada orang ramai agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa bermula 18 hingga 31 Mac ini.

Pengarah Penerangan Labuan, Supian Musa berkata, pihaknya melakukan hebahan tersebut menggunakan sebuah unit kenderaan bergerak van Japen bagi menyampaikan maklumat secara tepat kepada orang ramai.

“Kita buat hebahan guna versi bahasa Melayu sahaja, jadi kita mahu semua orang faham mengenai arahan kerajaan supaya orang ramai berada di rumah dan tidak keluar melainkan untuk membeli barang keperluan,” katanya di sini hari ini.

Supian berkata, pihaknya akan bergerak di seluruh pelosok Labuan untuk mengingatkan rakyat tentang keperluan mematuhi perintah tersebut dalam usaha mengekang penularan jangkitan Covid-19. – WILAYAHKU

SUPIAN membuat hebahan menggunakan alat pembesar suara dari unit kenderaan Japen bagi memaklumkan kepada penduduk mengenai Perintah Kawalan Pergerakan di Labuan hari ini.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas