PUTRAJAYA – Kabinet hari ini memutuskan status Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) akan diteliti dan diperhalusi semula oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, langkah tersebut akan dilakukan beliau bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin .
“Hasil perbincangan tersebut akan dibawa ke peringkat perbincangan dalam Kluster Keselamatan yang dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri, sebelum dibawa ke Mesyuarat Kabinet untuk diputuskan,” katanya menerusi laman Facebook rasminya hari ini. – WILAYAHKU