Berita

Zii Jia dinobat no 10 terbaik dunia – BWF

Sasar kelompok lima terbaik dunia.
ZII JIA tekad berada di ranking lima terbaik.
- Diterbit 18 Mac 2020 7:01 AM MYT

KUALA LUMPUR – Badminton World Federation (BWF) mengeluarkan ranking dunia terbaru yang menyaksikan jaguh perseorangn badminton negara, Lee Zii Jia melonjak dari ranking 13 dunia ke ranking 10 dunia.

Jaguh badminton Jepun, Kento Momota kekal di ranking pertama dunia diikuti pemain Taiwan, Chou Tien Chen di ranking ke-2 dan Anders Antonsen dari Denmark  (rankingke-3).

Kejayaan menduduki ranking ke-10 dunia diperoleh menerusi kejayaan Zii Jia melangkah ke peringkat separuh akhir seluruh England yang merupakan penampilan sulungnya dalam kejohanan badminton tertua di dunia itu.

Zii Jia yang kini berada di zon kuarantin Covid-19 Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara berkata dia sangat gembira kerana berada dalam kelompok 10 terbaik dunia.

“Saya akan terus berusaha meningkatkan mutu permainan dan menyasarkan kelompok lima terbaik dunia pula,” ujarnya.

Pemain nombor satu negara itu telah merekodkan beberapa pencapaian peribadi seperti pingat emas di Sukan SEA Manila Filipina 2019 dan pingat perak Kejohanan Berpasukan Asia 2020. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas