MERIAH. Sesi latihan pertama dan pembukaan sesi 2020 The Musketeers Putrajaya pada 26 Januari lalu berlangsung meriah dengan sokongan padu ibu bapa dan pemain yang aktif di peringkat komuniti dan sekitarnya.
Latihan diberikan secara konsisten dan percuma kepada pemain tanpa mengira latar belakang, sebaliknya menerusi suasana muhibah dan sempurna.
The Musketeers Putrajaya merupakan kelab sukan dan rekreasi di Putrajaya yang menubuhkan Musketeers Rugby sebagai medium aktif sukan.