Berita

Bina sakhsiah anak-anak yatim di kem al-Quran

PESERTA dan sukarelawan pada program ‘Pearls of Quranic Camp’ di Jeram baru-baru ini.
- Diterbit 31 Januari 2020 9:27 AM MYT

KEMASYARAKATAN. Sekumpulan mahasiswa tahun kedua Jabatan al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) mendekati 28 remaja Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim Miskin, Sabak Bernam, Selangor baru-baru ini menerusi Program ‘Pearls of Quranic Camp’.

Program tiga hari dua malam di Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC), Jeram, Selangor itu bertujuan mendekati golongan masyarakat yang memerlukan.

Pengarah program yang juga mahasiswa tahun kedua Jabatan al-Quran dan Hadith UM, Muhammad Fakhrillah Mohd. Zaidi, 20, berkata, keunikan program tersebut adalah berkonsepkan santai namun meletakkan aspek al-Quran dan sirah nabawi sebagai asas dalam setiap modul aktiviti bersama peserta.

“Kami cuba penuhi program dengan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan jiwa remaja tanpa dimasukkan sesi ceramah atau kuliah.

“Suasana kampung juga amat membantu dalam mencapai objektif yang disusun. Peserta berpeluang melakukan aktiviti yang jarang dirasai seperti aktiviti lasak, melalui halangan berlumpur dan solat berjemaah di tengah padang,” katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas