Berita

Gema Kota Cheras suburkan kemesraan antara kaum

PENIAGA gembira menerima sumbangan buah limau mandarin daripada Hayatul Kamil (dua dari kiri) di Pasar Ikan Emas Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.
- Diterbit 26 Januari 2020 2:16 PM MYT

BANDAR TUN RAZAK – Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Pertubuhan Kebajikan Gema Kota Cheras menyerah­kan sumbangan buah limau mandarin kepada pe­niaga dan pengunjung Pasar Ikan Emas di sini baru-baru ini.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Gema Kota, Hayatul Kamil Temudi berkata, aktiviti tersebut dapat menyuburkan perpadu­an masyarakat majmuk khusus­nya di sekitar Bandar Tun Razak.

“Terima kasih ke­rana bergembira dengan limau yang diedarkan, kita dapat merasakan kemesraan semua lapis­an masyarakat tidak kira Melayu, Cina dan India.

“Ini program kali kedua dan pertama kali di pasar ini. Kita pilih lokasi ini kerana ia unik berikutan di sini, penia­ga dan pengunjungnya adalah berbilang kaum,” katanya ke­pada Wilayahku baru-baru ini.

Beliau yang juga Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Wilayah Persekutuan turut mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tionghua dan semoga golongan itu meraikannya dengan penuh gembira.

Tambahnya, Gema Kota akan meneruskan aktiviti seperti ini dan menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan menjaga kebajikan di Bandar Tun Razak.

Bagi wakil Persatuan Penjaja Pasar Ikan Emas, Wong Siew Sui pula, kunjungan tersebut amat bermakna sekali bagi pasar yang berusia 31 tahun.

“Kami semua amat gembira dengan kunju­ngan ini dan pemberian buah mandarin sangat bermakna,” ujarnya mewakili 244 peniaga yang meliputi tiga kaum.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas