Berita

Kanak-kanak, warga emas 1Razak Mansion dirai

NORAZIZUL (tengah) bergambar bersama kanak-kanak dan warga emas pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di 1Razak Mansion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
- Diterbit 26 Januari 2020 2:13 PM MYT

BANDAR TUN RAZAK – Seramai 30 warga emas dan 25 orang kanak-kanak diraikan dalam program Seminar Warga Emas dan Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina yang diadakan di sini, 11 Januari lalu.

Program anjuran Persatuan Penduduk 1Razak Mansion itu diadakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Persatuan Alumni Agensi Kerja­sama Antarabangsa Jepun Malaysia (myJICA).

Pengerusinya, Norazizul Ab­dul Aziz berkata, majlis ter­sebut dimulakan dengan se­mi­nar warga emas menerusi ceramah khas Minda Sihat Warga Emas yang di­sampaikan Pakar Perubatan Kesihatan Awam merangkap Naib Presiden myJICA, Dr. Nurashikin Ibrahim.

“Seminar Warga Emas yang dianjurkan baru-baru ini me­rupakan inisiatif myJICA yang mana ia membuka platform kepada alumni myJICA yang telah meng­hadiri kursus di Jepun untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka.

“Menerusi ceramah itu, peserta diberi pendedahan berkenaan pemahaman psi­kologi warga emas selain memahami keperluan penjagaan peribadi bagi menghadapi usia emas,” katanya.

Terdahulu majlis diserikan dengan persembahan tarian kebudayaan oleh Urban Fit dan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina.

Norazizul turut menyem­purnakan penyampaian sumbangan kepada warga emas dan kanak-kanak di pangsapuri 1Razak Mansion.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas