SIHAT. Bagi memastikan kesihatan warga emas berada dalam keadaan memuaskan, Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya dengan kerjasama Panel Penasihat Klinik Presint 9 menganjurkan Program Kesejahteraan dan Kesihatan Warga Emas pada 6 Disember lalu.
Program tersebut diadakan bagi memberi keyakinan kepada golongan sasar bahawa mereka masih boleh menyumbang kepada negara dan bangsa di samping menjaga kesihatan dengan baik.
Sempena pelaksanaannya, pelbagai aktiviti diadakan seperti latihan bermaklumat dan sesi kaunseling. Ini kerana, golongan terbabit masih vibrant dan mempunyai peranan penting.