TIDAK lengkap sajian nasi lemak tanpa ikan bilis goreng mahu pun sambal ikan bilis. Kerana ia merupakan sebahagian daripada ramuan lengkap hidangan istimewa itu.
NELAYAN pulang dari laut membawa hasil ikan bilis yang berjaya ditangkap. NELAYAN Kampung Bebuluh Laut menjadikan hasil tangkapan ikan bilis sebagai sumber pendapatan. PEKERJA mengasingkan ikan bilis mengikut saiz untuk digredkan. PROSES pengasingan dan pengridan ikan bilis dilakukan dengan teliti dan cermat. PENGUSAHA ikan bilis akan sentiasa memantau ikan bilis yang dijemur supaya ikan bilis yang dijemur kering dengan sekata. IKAN bilis yang telah direbus dikeringkan di atas rak jaring yang dibuat khas. TERIK Mentari memaikan peranan untuk mengeringkan ikan bilis yang akan dijemur selama seharian. IKAN Bilis dijemur sehingga kering sebelum dibungkus dan dijual. IKAN bilis yang telah dibungkus dan dipasarkan dengan harga bergantung kepada gred.
Tahukah anda, usaha mendapatkan ikan bilis bukanlah kerja yang mudah berikutan bagi mendapatkannya, nelayan terpaksa ke tengah laut sama ada memukat mahu pun menjaring di kelong.
Labuan merupakan antara salah satu lokasi yang megeluarkan dan memasarkan produk ikan bilis di Malaysia.
Ikan Bilis Labuan terutama dari penduduk Kampung Bebuluh Laut sentiasa mendapat permintaan tinggi di negara ini terutamanya ikan bilis mata biru dan ikan kekek.
Proses penghasilan ikan bilis dilakukan dengan baik dan sempurna supaya kualiti yang dihasilkan sentiasa baik serta tahan lebih lama.