Berita

Timba ilmu fardu kifayah uruskan jenazah

RUZEETA (tengah) bergambar bersama pelajar SMK Seri Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur selepas kursus pengurusan jenazah baru-baru ini.
- Diterbit 15 November 2019 6:05 AM MYT

ILMU. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kursus yang dikendalikan oleh pengurus jenazah, Ustazah Ruzeeta Saad dibantu oleh Ustazah Raisah Abu Bakar melibatkan seramai 95 orang pelajar.

Kursus tersebut berjaya memberikan pendedahan awal kepada para pelajar berkenaan kewajipan fardu kifayah apabila berlaku sebarang kematian selain memberikan keinsafan kepada mereka agar menjadi insan mulia.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas