Berita

Jabatan Bomba Malaysia anjur FAREX 2019

MOHD. Hamdan (tengah) bergambar kenangan bersama-sama dengan peserta FAREX 2019 selepas tamat majlis perasmian kejohanan itu baru-baru ini.
- Diterbit 7 November 2019 6:51 AM MYT

TANGKAS. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyertai Kejohanan Fire Fighters And Rescue Challenge (FAREX 2019) yang berlangsung selama dua hari bertempat di Padang Millenium, Jalan Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor baru-baru ini.

Antara pertandingan yang dijalankan bagi kategori individu adalah Ultimate Challenge, Rescue challenge, Worrior Challenge dan Confine Space Challenge manakala acara berkumpulan adalah Relay Worrior Challenge dan Rapid Challenge. Kontinjen JBPM Pulau Pinang telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Farex 2019.

Majlis penutupan kejohanan itu disempurnakan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Mohd. Hamdan Wahid.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas