Berita

Perkep IPD Putrajaya lawat anggota selamat lahirkan bayi

PELAJAR SMA MAIWP bergambar bersama kakitangan HKL ketika mengadakan lawatan ke hospital itu baru-baru ini.
- Diterbit 7 November 2019 6:57 AM MYT

PRIHATIN. Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya baru-baru ini menganjurkan lawatan kebajikan di sekitar Putrajaya.

Rombongan Perkep diketuai oleh Pengerusinya, Dr. Normazila Muhammad serta Setiausahanya, Inspektor Norhidayu Aris dan Ustazah Rosnani Ali telah menziarahi salah seorang anggotanya, Inspektor Nur Atikah Adnan di Perumahan Penjawat Awam, Zon 6B, Presint 11 yang baru selamat melahirkan bayi perempuan.

Rombongan itu turut melawat Korperal Harliana Saparon di Presint 14 D, Putrajaya yang telah melahirkan seorang bayi lelaki.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas