Oleh Muhamad Nabeel M.N
KUALA LUMPUR – Hasrat pemain kebangsaan, Rachel Arnold duduk di takhta juara akhirnya tercapai apabila berjaya merangkul kejuaraan Skuash Terbuka Malaysia menewaskan juara bertahan yang juga merupakan pemain kebangsaan, Low Wee Wern.
Pemain kelahiran Kuala Lumpur yang menduduki tangga ke-46 dunia itu berdepan dengan tentangan sengit oleh Wee Wern.
Pun begitu, dia berjaya memenangi mata 3-2 di perlawanan akhir yang berlangsung di Pusat Skuasy Kebangsaan, Bukit Jalil.
Rachel berjaya mendominasi set pertama permainan apabila menang dengan 11-7 sebelum Wee Wern menang dua set selepas itu dengan 13-11 dan 12-10.
Namun Rachel bangkit dari ketinggalan apabila menang dua set terakhir dengan 11-8 dan 11–5 sekali gus berjaya dinobatkan sebagai juara baharu kejohanan tersebut.
Selain Rachel, pemain skuasy lelaki Negara, Eain Yow turut bergelar juara apabila berjaya menewaskan lawannya Nicholas Muellar dari Switzerland 3-1 (11-7, 12-14, 11-9 dan 11-5).