ZIARAH. Persatuan Isteri dan Pegawai Wanita (Perisma) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kebangsaan telah mengadakan program ziarah keatas pesara bomba, Shukur Rashid di kediaman beliau di Setapak, baru-baru ini.
Pada majlis tersebut, Pengerusi Perisma Kebangsaan Datin Jamilah Hosein hadir bersama wakil Perisma Kuala Lumpur menyampaikan sumbangan dan diiringi oleh Timbalan Pengarah JBPM Kuala Lumpur Penolong Pesuruhjaya (PPjB) M. Murugiah serta pegawai kanan jabatan tersebut.
Selain itu, Perisma turut melawat seorang lagi pesara bomba, Zainudin Ali yang sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras.