Berita

94 kes baharu Covid-19, 72 libatkan individu pulang dari Indonesia

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
- Diterbit 29 April 2020 9:34 AM MYT

PUTRAJAYA – Sebanyak 94 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 72 darinya merupakan kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes itu membabitkan warganegara dan pelajar Malaysia yang pulang dari Indonesia.

“Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah 22 kes sahaja. Justeru, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 5,945,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, 95 pesakit wabak itu disahkan pulih dan dibenarkan keluar hospital.

Ini menjadikan jumlah kes pulih mencecah 4,087 iaitu 68.7 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Sehingga kini, 40 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 18 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham memaklumkan tiada kematian baharu dicatatkan dan 100 kematian direkodkan setakat ini.  – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas