Artikel

82 pesara Polis Kuala Lumpur diraikan

MAZLAN-tengah-bergambar-bersama-pesara-pesara-polis-pada-majlis-meraikan-mereka-baru-baru-ini
MAZLAN-tengah-bergambar-bersama-pesara-pesara-polis-pada-majlis-meraikan-mereka-baru-baru-ini
- Diterbit 9 Ogos 2019 9:29 AM MYT

JASA. Seramai 82 orang pesara polis diraikan pada satu majlis sebagai tanda penghargaan di atas jasa dan khidmat bakti yang telah mereka curahkan sepanjang berkhidmat di Kontinjen Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim merakamkan penghargaan terhadap semua pesara di atas jasa dan bakti yang telah mereka diberikan selama ini.

Beliau turut mendoakan agar semua pesara berkenaan dikurniakan kesihatan yang baik, maju jaya dan berusaha menghadapi cabaran mendatang.

Pada majlis itu, Mazlan turut menyampaikan cenderahati kepada pesara yang diraikan sebelum majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Sedia Berkhidmat.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Roslan Bek Ahmad; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa serta pegawai kanan, pegawai rendah dan pegawai awam Polis Kuala Lumpur.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas