Artikel

SMK Convent Bukit Nanas juara debat

PESERTA-Kem-Mumtaz-UPKK-Putrajaya-menghayati-pengisian-yang-disampaikan-salah-seorang-penceramah-pada-program-yang-dijalankan-di-Kem-Princess-Haliza-Sungai-Pelek-Sepang-baru-baru-ini
PESERTA-Kem-Mumtaz-UPKK-Putrajaya-menghayati-pengisian-yang-disampaikan-salah-seorang-penceramah-pada-program-yang-dijalankan-di-Kem-Princess-Haliza-Sungai-Pelek-Sepang-baru-baru-ini
- Diterbit 9 Ogos 2019 9:24 AM MYT

DEBAT. Sebanyak 17 sekolah berentap pada pertandingan debat bagi merebut piala Tunku Abdullah Debate Challenge (TADC), 2019 dari sekitar Lembah Klang dan Sarawak baru-baru ini.

Selepas beraksi selama dua hari melibatkan beberapa pusingan, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (CBN) muncul juara kategori bawah 18 tahun manakala ELC International School dinobatkan sebagai johan kategori bawah 15 tahun.

Debat tersebut melibatkan pelbagai topik antaranya pendidikan, sukan, teknologi, ekonomi, kesenian, media dan kemasyarakatan.

Pengerusi TADC, Tunku Datuk Seri Dr. Iskandar Tunku Abdullah berkata, pihaknya berharap pendebat-pendebat terbabit bakal menjadi pemimpin masa depan yang baik.

TADC dianjurkan bersama St. John’s International School (SJIS) and Direct English Malaysia dan ia dianjurkan kali pertama pada September yang menyaksikan pasukan SJIS muncul juara bawah 18 tahun.

Debat ala format Parlimen Asia tersebut diadakan bagi melatih pemikiran kritikal dan menggalakkan pelajar menyampaikan pandangan selain memupuk kemahiran tentang pengucapan awam.

Ia mendapat tajaan TELC Malaysia Sdn Bhd; Legoland Malaysia; Mitra Tours & Travel; Johannian Leadership Foundation; K&L-ISC (Southeast Asia) Sdn. Bhd.; PAC EDU KL Sdn. Bhd.; Sinaran Interior Sdn. Bhd., ISB Enterprise dan Tuan Megat Mizan Nicholas Denny.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas