Artikel

Bawal Power Sempoi #lakukeras

PESERTA-Kem-Mumtaz-UPKK-Putrajaya-menghayati-pengisian-yang-disampaikan-salah-seorang-penceramah-pada-program-yang-dijalankan-di-Kem-Princess-Haliza-Sungai-Pelek-Sepang-baru-baru-ini-1
PESERTA-Kem-Mumtaz-UPKK-Putrajaya-menghayati-pengisian-yang-disampaikan-salah-seorang-penceramah-pada-program-yang-dijalankan-di-Kem-Princess-Haliza-Sungai-Pelek-Sepang-baru-baru-ini-1
- Diterbit 9 Ogos 2019 9:30 AM MYT

Oleh NAZWIN NAZRI
[email protected]
Foto NAZIRUL ROSELAN

‘JUICY’, kenyal dan lembut. Bau rempah-ratus bukan sahaja membangkitkan selera malah turut menggambarkan keenakan sotong bakar yang disajikan di Bawal Power Sempoi.

Rasanya yang unik semestinya tidak dapat dilupakan selepas resepi turun temurun itu dijamah.

Selain sotong bakar yang #lakukeras itu, bawal goreng antara hidangan yang menjadi kegilaan peminat ramai.

Ekoran itu, nama restoran yang mengetengahkan cita rasa utara itu terus melonjak naik dan tidak asing sekiranya lokasi makanan dicari di laman Google.

Merupakan jenama di bawah Kafe Matin, cawangan Bawal Power Sempoi yang dibuka di The H, Sri Hartamas, Kuala Lumpur baru-baru ini membolehkan peminat setianya mendapatkan sajian istimewa itu pada waktu malam.

Beroperasi dari pukul 6 petang sehingga 2 pagi setiap hari, restoran yang menyajikan cita rasa Utara ini tetap menampilkan konsep yang sama.

Bezanya, ia dibuka pada waktu malam berbanding
beberapa cawangan lain yang beroperasi pada waktu siang dan fokus kepada waktu makan tengahari.

Menurut Eksekutif Operasi Makanan Kafe Matin, Adzrul Edzmeer Adenan, sajian utama juga sama seperti cawangan yang lain iaitu bawal goreng, sotong goreng dan sotong bakar.

“Kita menyediakan dua jenis konsep hidangan iaitu bakar dan goreng. Bagi goreng pula, pengunjung boleh memilih sama ada mahu jenis goreng tepung atau hanya masakan kunyit sahaja.

“Kalau menu bakar, kita akan sajikan bersama sambal khas iaitu sambal hitam.

“Jenama ini telah wujud lebih lima tahun tetapi operasi di sini baru memasuki lima bulan. Selain di Sri Hartamas, kita juga mempunyai cawangan di Glanmerie, Shah Alam; Larkin, Johor Bahru; Bangi dan Cyberjaya,” katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Bagi lokasi lain seperti Johor Bahru, resepi setempat turut disajikan seperti asam pedas ikan pari manakala di Glenmarie, ikan keli berlada menjadi tarikan tempatan.

Menampilkan konsep simple dan mudah, Bawal Power Sempoi menyediakan hidangan set kepada peminatnya. Menawarkan nasi bersama semangkuk gulai utara serta sambal hitam dan ulam-ulaman di samping menu pilihan sama ada bawal goreng atau sotong bakar, hidangan berkenaan juga murah serta sesuai dengan keadaan semasa masa ini.

Berharga sekitar RM10 hingga RM20, pelanggan pastinya berpuas hati dengan keenakan rasa malah sajian tersebut juga berpatutan dengan harga kerana kuantitinya banyak dan mengenyangkan.

Dalam pada itu, ketika menceritakan tentang perancangan Bawal Power Sempoi pada masa hadapan, Adzrul Edzmeer memberitahu, pihaknya berhasrat untuk membuka cawangan tambahan di Melaka, Pulau Pinang dan Kedah. Tetapi pada masa ini, fokus utama adalah menstabilkan kedai yang dibuka di Sri Hartamas dan Johor.

“Kita juga menyasarkan jumlah jualan ditingkatkan iaitu daripada 700 ekor bawal seminggu kepada 1,000 ekor bagi kelima-lima cawangan,” katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas