Berita

79.5 peratus ketua isi rumah terima Bantuan Wang Ihsan setakat tengah hari hari ini – PM Ismail Sabri

MANGSA banjir membuat semakan di kaunter semakan pada agihan BWI dan BSB menerusi Bilik Gerakan Bencana Daerah Klang di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Lombong Seksyen 29 Shah Alam hari ini. Kredit foto: Bernama
- Diterbit 6 Januari 2022 7:47 AM MYT

SERAMAI 39,255 atau 79.5 peratus daripada 49,394 ketua isi rumah terlibat banjir telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI)  RM1,000 setakat pukul 1 tengah hari tadi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam ciapan di Twitternya, Ismail Sabri berkata mereka yang masih belum mendaftar boleh segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pegawai Daerah untuk bantuan segera kerajaan Persekutuan.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia antaranya meliputi BWI  sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah berbanding RM500 sebelum ini.

Bayaran bantuan berkenaan disalurkan sejak 27 Dis tahun lepas, iaitu 10 hari selepas kejadian banjir agak luar biasa yang melanda beberapa negeri termasuk Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas