Berita

75 peratus kematian pesakit Covid-19 babitkan lelaki

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH (kanan)
- Diterbit 14 April 2020 12:51 PM MYT

PUTRAJAYA – Jumlah pesakit lelaki yang meninggal dunia akibat Covid -19 lebih tinggi berbanding wanita disebabkan

30 peratus daripada mereka menghadiri perhimpunan tabligh di Seri Petaling, Febuari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan rekod kematian membabitkan lelaki adalah 75 peratus berbanding wanita mencatatkan 25 peratus.

“Salah satu faktor lelaki lebih ramai meninggal dunia adalah perhimpunan di Seri Petaling yang dihadiri ramai lelaki. Selain itu, lelaki juga banyak menjalankan aktiviti di luar berbanding wanita.

Beliau menyatakan, sebanyak 50 peratus pesakit yang meninggal dunia juga berusia lebih 60 tahun ke atas dan menyebabkan risiko semakin tinggi.

“Malah, 85 peratus yang meninggal dunia juga mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi dan kencing manis.

“Apabila dijangkiti Covid-19, gejala yang dihadapi mereka berpenyakit lagi teruk berbanding yang tidak mempunyai penyakit,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas