MAIWP Labuan anjur pertandingan bahas

MAIWP Labuan anjur pertandingan bahas

BERTANDING. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan telah menganjurkan pertandingan bahas ala Parlimen.

Sebanyak lima buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut iaitu Sekolah Menengah Agama MAIWP Labuan, Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha- Rancha, Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan, Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara dan Sekolah Menengah Sains Labuan.

Pertandingan yang dianjurkan oleh MAIWP dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Labuan ini diadakan di Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan.

CATEGORIES