Berita

71 kes baharu Covid-19, kematian cecah 95 orang

DR NOOR HISHAM ABDULLAH
- Diterbit 23 April 2020 11:58 AM MYT

PUTRAJAYA – Kes baharu positif Covid-19 meningkat 71 menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini 5,603 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dari jumlah itu 1,963 kes boleh berjangkit namun semua pesakit kini diasingkan dan dirawat.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, seramai 90 pesakit dibenarkan keluar hospital dan keseluruhan pesakit pulih seramai 3,542.

“Sebanyak 63.2 peratus pesakit dari keseluruhan kes sudah pulih Covid-19. Ketika ini, 42 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 21 darinya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam siding akhbar hari ini.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan dua kematian menjadikan 95 kes keseluruhan.

Katanya, salah satu kematian itu membabitkan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM)

“Mangsa wanita berusia 32 tahun itu mempunyai penyakit darah tinggi dan mempunyai kontak rapat dengan kes-3,662 yang berkaitan dengan kluster Hospital Pakar Muar.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 12.36 tengah malam tadi dan ini merupakan kematian ketiga kakitangan KKM.

“Kes ke-95 membabitkan lelaki berusia 67 tahun dan mempunyai penyakit jantung, darah tinggi, kencing majis dan buah pinggang,” katanya.  – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas