Berita

52 kanak-kanak selamat berkhatan beramai-ramai

KHALID (tiga dari kiri) bergambar bersama kanakkanak yang selesai berkhatan.
- Diterbit 19 Disember 2019 5:42 AM MYT

LABUAN – Seramai 52 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah menyertai Program Berkhatan Beramai-ramai anjuran Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Labuan di Hospital Nukleus Labuan baru-baru ini.

Peserta terdiri daripada anak-anak ahli USIA Bahagian Labuan dari 10 Cawangan iaitu Cawangan Sungai Bedaun, Bebuloh, Patau-Patau Satu, Patau-Patau Dua, Gersik Saguking, Batu Arang, Durian Tunjong, Tanjung Aru, Lajau dan Lubok Temiang.

Ketua USIA Bahagian Labuan, Mohd. Ali Mohamad Omar Bledram berkata, program berkhatan berkenaan bertujuan membantu meringankan beban kewangan ibu bapa khususnya ahli pertubuhan itu.

“Saya bagi pihak pengurusan Pejabat USIA Bahagian Labuan mengucapkan terima kasih kepada AJK USIA Bahagian dan AJK USIA Cawangan serta ibu bapa atas kerjasama untuk menjayakan program ini,” katanya.

Majlis perasmian program tersebut disempurnakan Datuk Khalid Abdul Ghani yang mewakili Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr. Ismuni Bohari dan Timbalan Ketua Bahagian USIA, Datuk Abdul Rahman Lamudin.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas