Berita

50 peserta hadir kursus penyembelihan ayam

OSMAN (duduk, empat dari kanan) bergambar bersama Jawatankuasa Penganjur Kursus Penyembelihan Ayam di Sungai Bangat baru-baru ini.
- Diterbit 19 Disember 2019 5:41 AM MYT

LABUAN – Seramai 50 peserta hadir menjayakan Kursus Penyembelihan Ayam anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Bangat dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Labuan dan Surau Al Mubarakah, Kampung Sungai Bangat baru-baru ini.

Menurut Pengerusi MPKK Sungai Bangat, Osman Dullah, kursus yang diadakan itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penduduk kampung mengenai cara penyembelihan haiwan atau ayam mengikut syarak dan hukum Islam.

“Ilmu yang diperoleh juga penting untuk memastikan haiwan yang disembelih tidak mengalami kesakitan atau terseksa ketika disembelih. Ia juga mengelakkan daripada jangkitan kuman yang mungkin ada di dalam darah haiwan tersebut,” katanya.

Pada program itu, peserta turut diberi ceramah mengenai teori penyembelihan seperti hukum, kaedah dan hikmah penyembelihan mengikut cara Islam oleh tiga orang penceramah jemputan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan.

Hadir sama Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 2, Kim Hock Chuntuah @ Firdaus Abdullah dan Pegawai KEMAS Labuan, Gilbert Julian.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas