Berita

5 RESIPI UNTUK YANG GEMAR BERKHEMAH

|||||
- Diterbit 13 November 2021 2:30 AM MYT

AKTIVITI perkhemahan merupakan salah satu aktiviti terbaik yang boleh anda lakukan untuk menenangkan fikiran sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Sama ada aktiviti glamping mewah di lokasi popular atau backpacking meredah hutan belantara – ia sudah memadai untuk melepaskan tekanan dan bebanan kerja sambil menikmati pesona kehijauan alam ditemani bunyi unggas dan kicauan burung.

Namun, tapak perkhemahan anda mungkin tidak mempunyai kemewahan yang sama dengan dapur yang lengkap, tetapi itu tidak bermakna anda harus mengorbankan rasa semasa memasak.

Wilayahku edisi kali ini akan menyenaraikan resipi masakan bagi melengkapkan aktiviti perkhemahan anda sekeluarga.

DAGING BAKAR BBQ

BAHAN-BAHAN

2 keping daging batang pinang/strip loin/sirloin/rib eye

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar kicap cair

1 ulas bawang putih ditumbuk halus

1 batang serai dihiris nipis dan ditumbuk halus

1 sudu kecil lada sulah

2 sudu besar gula perang

3 sudu besar susu cair

1 sudu kecil serbuk cili

Sedikit serbuk perasa

Sedikit minyak masak

1 ketul arang

Aluminium foil

CARA PENYEDIAAN

  1. Perap daging selama 3-4 jam bersama semua bahan.
  2. Simpan daging yang diperap dalam peti sejuk terlebih dahulu.
  3. Selepas 3 jam barakan arang, bakar daging atas pan. Letakkan sedikit minyak dulu di permukaan pan dan bakar selama 10 minit.
  4. Matikan api setelah daging masak. Kemudian ambil arang yang telah berbara tadi dan letakkan di atas sekeping aluminium foil. Titiskan minyak masak atas arang.
  5. Tutup pan dengan penutup yang rapat untuk menyedapkan lagi rasa daging yang dibakar. Biarkan asap menyelimuti daging selama 1-2 minit.
  6. Kemudian angkat daging untuk dipotong dan dihidangkan bersama sos pencicah.

SOS PENCICAH

BAHAN-BAHAN

Daun ketumbar dihiris

Daun bawang dihiris

1 ulas bawang kecil dihiris nipis

1 sudu besar serbuk beras pulut sangai

4 sudu besar sos ikan

2 sudu besar gula kelapa thai

1 sudu sudu besar pes asam jawa

2 sudu besar chilli flakes

3 biji limau nipis

1 sudu besar minyak masak/zaitun/jagung

CARA PENYEDIAAN

  1. Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati.
  2. Sesuaikan mengikut cita rasa anda. Siap untuk dihidang bersama daging bakar.

AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS

BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam dipotong 4 bahagian

BAHAN A

2 biji bawang besar dikisar

4 ulas bawang putih dikisar

1 inci halia dikisar

1 kiub ayam Knorr

2 sudu serbuk lada hitam

1 senduk kecil sos black pepper

1 sudu teh garam

1 sudu makan gula

100 ml air

BAHAN B

2 sudu madu

3 sudu minyak zaitun

2 sudu besar mixed herbs/daun oregano

CARA PENYEDIAAN

  1. Campurkan semua bahan A, B dan lumurkan pada ayam. Balut bekas dengan plastic wrap dan perap selama 1 hingga 2 jam dalam chiller.
  2. Bakar dalam ketuhar pada suhu 220°C selama 1 jam atau bakar menggunakan pemanggang ajaib hingga masak.
  3. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

SOSEJ AYAM DAN ASPARAGUS

BAHAN-BAHAN

1 sosej ayam yang telah dimasak dihiris nipis

1 bawang merah kecil dihiris nipis

1/2 batang asparagus dipotong

1 sudu teh thyme segar

1 sudu teh jus lemon segar

Garam kasar dan lada tanah

1/4 cawan parut atau tepung jagung kuning

2 sudu besar keju

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak dalam kuali menggunakan api sederhana tinggi.
  2. Masak sosej hingga keperangan.
  3. Masak bawang hingga lembut selama 3 hingga 5 minit.
  4. Masukkan asparagus, thyme, dan 1/3 cawan air. Tutup dan kukus asparagus hingga lembut selama 6 minit.
  5. Masukkan sosej dan jus lemon bersama garam dan lada.
  6. Masukkan 1 cawan air dan biarkan sehingga mendidih di dalam periuk.
  7. Kemudian masukkan keju dan campurkan bersama garam dan lada. Kacau dengan kerap sehingga menjadi pekat selama 6 minit.
  8. Hidangkan sosej dan asparagus di atas pinggan.

MASHED POTATO

BAHAN-BAHAN

8 biji kentang

1 kotak kecil susu segar

2-3 sudu besar butter

CARA PENYEDIAAN

  1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2.
  2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana.
  3. Apabila kentang sudah empuk, toskan air.
  4. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
  5. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut cita rasa.
  6. Tuangkan susu sedikit demi sedikit mengikut cita rasa untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu kemudian lenyek sehingga rata.

BAHAN UNTUK SOS GRAVY

1 labu bawang besar dipotong dadu

2 ulas bawang putih dipotong dadu

4 sudu butter

2 sudu tepung gandum/jagung

2 kiub ayam

Lada hitam dan sulah

2 1/2 cawan air

CARA PENYEDIAAN

  1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang.
  2. Masukkan tepung gandum/jagung dan kacau sehingga tepung menjadi warna coklat.
  3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati. Tutup api dan masukkan ke dalam blender. Kisar sehingga semua hancur.
  4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut cita rasa di atas api.
  5. Kacau sehingga rata dan tutup api dan sedia untuk dihidang.

MAC AND CHEESE

BAHAN-BAHAN

2 cawan makaroni

2 cawan susu fresh cream

1 cawan serbuk cheese

4 keping cheese

BAHAN HIASAN

Daun parsley

Chili flakes

CARA PENYEDIAAN

  1. Letakkan makaroni yang sudah dibasuh bersih ke dalam periuk. Tuangkan susu ke dalam periuk dan hidupkan api.
  2. Tuangkan ½ cawan air kosong ke dalam periuk dan masak sehingga makaroni menjadi lembut.
  3. Apabila makaroni sudah lembut, pastikan masih ada baki susu dalam secawan dalam periuk tersebut dan matikan api.
  4. Letakkan serbuk cheese ke dalam periuk panas tadi dan gaul rata.
  5. Masukkan cheese keping tadi apabila ianya sudah sebati. Gaulkan lagi sehingga cheese cair sekata.
  6. Hiaskan dengan daun parsley. Sekiranya nak pedas anda boleh taburkan dengan chilli flakes.  – WILAYAHKU
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas