Berita

5 jurunikah JAIS masih dikuarantin, majlis ijab kabul ditangguh

- Diterbit 22 Mac 2020 11:45 AM MYT

SHAH ALAM – Lima jurunikah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih lagi menjalani proses kuarantin sementara menunggu keputusan membabitkan jangkitan Covid-19.

Pengarah JAIS, Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, berikutan itu urusan akad nikah semua bakal pengantin ditangguhkan.

Beliau berkata, penangguhan itu bergantung kepada Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan kerajaan.

“Langkah menangguhkan proses akad nikah sama seperti arahan dikeluarkan di Wilayah Persekutuan, Perak dan Sarawak bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Jika perintah itu dilanjutkan, bakal pengantin juga diminta untuk menangguhkan proses akad nikah,” katanya.

Jumaat lalu, JAIS dalam kenyataannya, meminta pasangan bakal melangsungkan akad nikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan diminta menangguhkan urusan itu.

Katanya, akad nikah yang dijalankan selepas 31 Mac ini tetap tertakluk dengan Tatacara Perlaksanaan Majlis Akad Nikah Selangor sehingga 17 April ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas