Berita

9 SOP PENTING PKPB MULAI 4 MEI, NO. 6 PERLU TINDAKAN SEGERA

|||
- Diterbit 2 Mei 2020 9:36 AM MYT

Setelah lebih sebulan rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin ini.

Sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan namun bersyarat dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Berikut 9 SOP wajib anda patuhi!

1.JAGA JARAK

Amalkan penjarakan sosial yang selamat sekurang-kurangnya 1 meter.

2.CUCI TANGAN

Kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitiser.

3.PAKAI TOPENG MUKA

Penggunaan topeng muka dan hidung (facemask) setiap kali keluar dari rumah.

4.SARINGAN

Saringan kesihatan perlu dilakukan di pintu masuk premis atau bangunan.

5.GOLONGAN BERISIKO

Keutamaan bagi melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

6.PEMERIKSAAN SEGERA

Individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan.

7.KENDERAAN AWAM

Bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial.

8.TRANSAKSI

Menggalakkan transaksi secara atas talian (online).

9.MAKLUMAT PANTAS

Jika terdapat maklumat mengenai jangkitan Covid-19, segera laporkan kepada Jabatan Kesihatan.

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas