Berita

40 keluarga terima sumbangan MPP Sub Zon 1

LIM (kiri) bersama Rozman dan Simsudin
- Diterbit 27 Disember 2019 5:16 AM MYT

SERAMAI 40 keluarga melibatkan enam buah kampung dan komuniti bandar di bawah Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 1 menerima sumbangan barangan keperluan dapur.

Pengerusi MPP Sub Zon 1, Lim Kai Kwan berkata, penerima sumbangan itu merupakan golongan kurang berkemampuan, warga emas, pesakit terlantar serta ibu tunggal dari pelbagai kaum.

Tambah beliau, program itu merupakan hasil usaha Jawatankuasa MPP Sub Zon 1 serta sumbangan orang perseorangan dalam membantu meringankan beban kepada golongan yang memerlukan bantuan.

Kai Kwan berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan di Kampung Sungai Keling dan Kampung Rancha-Rancha baru-baru ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli; Pengerusi MPP Zon Labuan, Simsudin Sidek; Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Noor Halim Zaini serta Timbalan Pengarah Jabatan Sosio Ekonomi Perbadanan Labuan, Salmah Beddu.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas