KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 39 notis pelbagai kesalahan dalam Op BERSIH Siri 27/2019 semalam.
Operasi yang dilakukan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) itu fokus pada kenderaan berat yang melakukan kesalahan lalu lintas, kekotoran jalan awam, tiada permit laluan dan permit angkut bahan serta lain-lain kesalahan.

DBKL dalam satu kenyataan memberitahu, operasi tersebut dilaksanakan di Jalan Kuching dan Jalan Sungai Besi.
“Tindakan dilakukan di bawah kesalahan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 serta mengikut bidang kuasa yang dikuatkuasakan DBKL serta agensi sahabat.
“Operasi bersepadu ini akan diteruskan dari masa ke semasa,” katanya. – WILAYAHKU