Berita

MENU RINGKAS DIJAMIN SEDAP UNTUK JAMUAN

||
- Diterbit 4 Disember 2021 2:30 AM MYT

MENCARI menu ringkas untuk jamuan?

Anda ingin mengadakan jamuan dalam jangka masa terdekat ini, namun kekeringan idea memikirkan menu?

Untuk jamuan, semestinya kita perlu menyediakan menu yang ringkas namun masih sedap.

Dengan itu, edisi kali ini akhbar Wilayahku senaraikan dua menu ringkas untuk jamuan yang sedap-sedap yang boleh anda cuba dan sajikan. Jom cuba!

ROTI JALA

BAHAN-BAHAN

1 kg tepung gandum

1 sudu besar tepung ubi

2 bji telor

½ tin susu cair

2 sudu besar minyak masak

1 sudu besar garam

Pewarna kuning

Air secukupnya

CARA PENYEDIAAN

  1. Satukan semua bahan, kacau dan pukul hingga sebati.
  2. Kisar bahan tersebut dan tuang dalam acuan roti jala.
  3. Biarkan adunan selama 10 minit.
  4. Mula menjala.

COCKTAIL BANDUNG

BAHAN-BAHAN

1 tin laici

1 tin buah buahan campur

1 tin susu pekat

1 tin susu cair

Perasa sirap

Ais

CARA PENYEDIAAN

  1. Campurkan semua bahan kecuali ais.
  2. Tambahkan sedikit air untuk mengurangkan kemanisan.
  3. Tambahkan ais.
  4. Sedia untuk dihidang.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas