Berita

37 kes baharu Covid-19, satu kematian

PETUGAS kesihatan membuat saringan kesihatan ke atas seorang wanita. Gambar hiasan
- Diterbit 19 Mei 2020 2:19 PM MYT

PUTRAJAYA – Terdapat 37 pertambahan kes baharu Covid-19 di negara ini dengan 22 darinya membabitkan warga asing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hishqm Abdullah berkata, dua daripada kes baharu dikesan dari kes import manakala 35 penularan tempatan.

Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, kes positir Covid-19 mencatat 6,978 kes keseluruhan.

“Hari ini, sebanyak 31 kes disahkan pulih dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 5,656 kes iaitu 80.9 peratus.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 1,218,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, seramai 11 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan enam darinya memerlukan bantuan pernafasan.

Kes kematian juga menjadi 113 kes selepas terdapat pertambahan satu kes membabitkan wanita tempatan berusia 77 tahun, katanya.

“Mangsa mempunyai sakit kencing manis, darah tinggi dan barah hati. Mangsa disahkan meninggal dunia semalam,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas