Berita

3 spa pilihan ramai di Putrajaya

JAKUZI turut disediakan di spa-spa terkemuka ini.
- Diterbit 17 Januari 2020 8:59 AM MYT

NOMBOR 3 ni pasti jadi rebutan lelaki, khususnya yang mementingkan penampilan

STRES boleh menjadikan urat-urat menegang dan tidak selesa. Hal ini juga dapat dilihat melalui ekspresi wajah yang mana jika dibiarkan berterusan kedutan akan lebih cepat kelihatan.

Sayangi diri sendiri, usah biar ia tua sebelum tiba masanya. Untuk itu, apa kata mari kita meremajakannya semula dengan meluangkan masa seketika mengunjungi pusat spa kecantikan di sekitar Putrajaya. Jom!

  • Yoyoy Kamphora Spa

Terletak di Ayer 8 Putrajaya, pakej yang paling popular di sini adalah Ratu Rupawan Treatment. Gabungan kolagen, aloe vera serta totok wajah yang disediakan dapat membantu menaikkan seri.

Selain itu, anda juga boleh memanjakan diri dengan urutan tradisonal Melayu. Ia dapat meredakan ketegangan urat, melancarkan pengaliran darah dan seterusnya menyegarkan kembali tubuh yang lesu.

  • Hanzalea Women Spa

Bukan sahaja menawarkan perawatan wajah untuk menghaluskan kulit, spa ini juga turut menawarkan rawatan 100 peratus secara tradisional.

Memanfaatkan rangkaian herba-herba, selain daripada rawatan kecantikan, pelanggan juga boleh mendapatkan khidmat pakej berpantang sehingga ke rumah dengan caj yang amat berpatutan.

  • NS Parlour Spa

Penulis percaya pasti kaum Adam juga pening mencari pusat kecantikan spa yang dikhususkan buat lelaki kerana bilangannya masih lagi terhad.

NS Parlour Spa yang terletak di Desa Pinggiran Putra ada jawapannya. Dengan perkhidmatan serendah RM25, ahli terapi di sini bijak mengenal pasti bahagian yang perlu diurut untuk melegakan ketegangan urat.

Tidak cukup itu, pelanggan juga disajikan dengan pelbagai rawatan antaranya manicure and pedicure, 24K gold microneedling facial, sauna dan banyak lagi.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas