Berita

Tol lebuh raya PLUS turun 18 peratus mulai 1 Februari

PLAZA Tol Sungai Besi
KENDERAAN berbaris di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur. PLAZA Tol Sungai Besi. - Gambar hiasan
- Diterbit 17 Januari 2020 9:09 AM MYT

Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melaksanakan pengurangan kadar bayaran tol sebanyak 18 peratus bagi pengguna kenderaan persendirian di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) bermula 1 Februari ini.

Lebuh raya yang terlibat adalah Lebuh Raya Utara-Selatan; Lebuh Raya Baru Lembah Kelang (NKVE); Lebuh Raya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE); Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA); Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2); Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH); Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP).

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat susulan keputusan Jemaah Menteri pada 15 Januari lalu.

“Kadar tol di Lebuh Raya Utara-Selatan akan berkurangan daripada 13.6 sen/km kepada 11.15 sen/km.  Apabila ia dilaksanakan, kadar tol baharu ini lebih rendah daripada kadar tol pada tahun 1999 (11.24 sen/km).

“Ini bermakna kadar tol Jalan Duta ke Alor Setar, Kedah akan ditetapkan kepada RM45.50 berbanding RM55.50 manakala kadar tol Jalan Duta ke Skudai, Johor menurun kepada RM38.50 daripada RM47 sekarang,” kata kenyataan di sini hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas