Berita

3 restoran ikan patin ‘padu’ di Putrajaya

IKAN PATIN
IKAN PATIN masak tempoyak yang sentiasa diminati ramai. IKAN PATIN masak tempoyak yang sentiasa diminati ramai.
- Diterbit 15 Januari 2020 5:52 AM MYT

IKAN patin masak tempoyak semestinya sinonim dengan Pahang. Namun, menu istimewa itu juga popular di seluruh negara. Hebatkan penangan ikan patin?

Bagi anda yang berada di sekitar Putrajaya, tak perlu susah-susah pergi jauh nun ke Pahang.

Sini, Wilayahku senaraikan tiga restoran patin yang ‘kaw’. Jangan lupa serbu mereka okey!

Restoran Samudera, Kelab Tasik Putrajaya

RESTORAN SAMUDERAPemilik restoran ini bijak mengenal pasti pasti lokasi ikan patin yang sedap di Sungai Pahang.

Jadi tidak hairanlah menu ikan patin yang dihidangkan bukan sahaja segar bahkan begitu lazat tanpa rasa hanyir.

Menariknya, ia bukan sahaja membekalkan ikan patin sangkar bahkan patin buah dan liar dengan harga yang mampu milik.

D’Patin MZ Cafe, Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya Kiosk

Menu ikan patin masak tempoyak di kafe ini merupakan antara yang paling ‘terangkat’.

Patutlah kafe ini sentiasa menerima kunjungan ramai terutamanya bila tiba waktu makan tengah hari.

Dengar cerita pemiliknya memang anak jati negeri Pahang, jadi tidak hairanlah kenapa dia arif sekali dengan menu yang satu ini.

Patin.com, Wisma Tani, Putrajaya

Perkara yang paling tak dapat dilupakan apabila singgah makan di sini adalah gabungan rasa antara tempoyak dan kehangatan cili padi yang digunakan.

Cukup hebat apatah lagi dimakan bersama nasi putih yang masih panas.

Kata orang, sampai tak perasan mak mertua lalu belakang. Haa, apalagi jangan lupa untuk mencubanya ya!

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas