Berita

Awas!! Trend semasa Influenza

VIRUS Influenza. - Gambar hiasan
- Diterbit 15 Januari 2020 6:33 AM MYT

MUNGKIN ramai yang tidak tahu bahawa Influenza berlaku disebabkan virus influenza menjangkiti salur pernafasan.

Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa pesakit.

Di sini, Wilayahku kongsikan maklumat terkini Influenza:

  1. Kadar konsultasi kes influenza like-illness (ILI) dan kemasukan ke wad dengan severe acute respiratory infection (SARI) menunjukkan peningkatan sejak minggu akhir Disember 2019
  2. Peningkatan dikesan di Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Perak, Johor, Pahang, Pulau Pinang, Terengganu serta Sarawak
  3. Peningkatan trend aktiviti virus influenza dalam persekitaran – Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh
  4. Gejala Influenza. Secara kebiasaannya, gejala influenza bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti dan ia meliputi :
    • Demam
    • Selesema
    • Sakit tekak
    • Batuk
    • Sakit kepala
    • Sakit badan
    • Sukar bernafas
    • Cirit birit dan sakit perut (khususnya kanak-kanak)
  5. Individu yang berisiko tinggi:
    • Kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun
    • Wanita hamil
    • Warga emas berumur 65 tahun dan ke atas
    • Pesakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma, dan lain-lain)
    • Obes
    • Daya ketahanan badan rendah (pesakit kanser, penghidap HIV, pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi)

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas