Berita

3 KAEDAH BAHARU BELI JUADAH GANTI BAZAR RAMADAN

|PANDU LALU RAMADAN|TEMPAH BUNGKUS DAN AMBIL|e-Hailing Ramadan
- Diterbit 8 April 2020 3:59 PM MYT

Berhadapan dengan situasi masa kini iaitu masyarakat tidak dibenarkan berhimpun ekoran penularan wabak Covid-19, semestinya suasana untuk menyambut kedatangan Ramadan terasa suram.

Tambahan pula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki Fasa Kedua perlu dipatuhi dengan taat bagi memastikan rantaian penularan wabak tersebut putus sepenuhnya.

Kesannya, bazar Ramadan yang diadakan setiap tahun seperti sambutan festival terpaksa dibatalkan pada tahun ini bagi memastikan tiada masyarakat yang berhimpun, ia sekali gus menyukarkan sesetengah individu dan golongan pekerja mendapatkan juadah berbuka.

Justeru, menyedari kesukaran yang bakal dihadapi, Kementerian Wilayah Persekutuan merencanakan tiga kaedah baru untuk mendapatkan juadah berbuka puasa. Jadi, orang ramai khususnya yang bekerja tidak perlu lagi khuatir dan muram memikirkan cara untuk memasak juadah dalam keadaan yang sibuk!

1) PANDU LALU RAMADAN

2) TEMPAH BUNGKUS DAN AMBIL

3) e-Hailing Ramadan

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas