Berita

259 kes Covid-19 berjaya pulih

PARA jururawat berdoa agar dimudahkan urusan dan selamat sebelum memulakan tugasan. Gambar hiasan ihsan foto Facebook KKM
- Diterbit 27 Mac 2020 3:09 PM MYT

PUTRAJAYA  – Sebanyak 44 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 sebanyak 259 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga pukul 12 tengah hari tadi, terdapat 130 kes baharu yang telah dilaporkan dan ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,161 kes.

“Sehingga kini, seramai 54 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 34 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan sehingga kini terdapat pertambahan tiga kes kematian baharu yang telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

“Ini termasuk satu pelaporan yang disiarkan di laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan pagi tadi dan ini menjadikan jumlah kumilatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 26 kes,” katanya dalam sidang akhbar harian perkembangan Covid-19, di sini petang tadi.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas