Berita

25 guru ‘luar biasa’ seluruh negara dirai

PENERIMA Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 bergambar di Universiti Malaysia Kelantan pada 14 Mei 2022, baru-baru ini. PENERIMA Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 bergambar di Universiti Malaysia Kelantan pada 14 Mei 2022, baru-baru ini.
- Diterbit 20 Mei 2022 6:30 AM MYT

SERAMAI 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 disenaraikan McDonald’s Malaysia bersempena Sambutan Hari Guru yang diraikan setiap 16 Mei bagi menghargai para guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di atas komitmen yang ‘luar biasa’ dalam mendidik anak-anak bangsa negara.

Naib Presiden dan juga Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s
Malaysia, Melati Abdul Hai berkata memasuki tahun keenam penganjurannya, anugerah ini telah menerima lebih daripada 5,600 pencalonan mulai 10 Mac hingga 2 April 2022 dan terdapat peningkatan jumlah pencalonan sebanyak lebih 1,200 berbanding tahun lalu.

“McDonald’s memperkenalkan anugerah tahunan ini sebagai salah satu inisiatif dan komitmennya dalam menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya dengan mengiktiraf guru ‘luar biasa’ yang memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara melalui pendidikan.

“Setiap guru adalah unik dan dapat memberi inspirasi secara tersendiri. Kisah luar biasa yang diterima adalah tanda komitmen tidak berbelah bahagi para guru dalam melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik murid-murid secara menyeluruh,” katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin telah menyampaikan anugerah tersebut kepada 25 penerima.

Melati berkata sejak pertama kali dilaksanakan pada tahun 2017, Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s telah disampaikan kepada 131 guru yang menjalankan tanggungjawab melebihi tugas hakiki dalam mendidik, memotivasi dan memberi inspirasi kepada generasi masa hadapan negara.

“Para penerima anugerah ini telah dipilih oleh panel juri yang terdiri daripada wakil McDonald’s, pegawai KPM dan pihak media.

“Pencalon untuk pemenang anugerah ini turut menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan,” jelasnya setiap pemenang menerima wang tunai RM5,000 dan sebuah trofi.

Kisah-kisah guru yang dicalonkan oleh rakyat Malaysia untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s tahun ini boleh diikuti pada pautan https://www.anugerahguruinspirasimcd.com/bm/view_nominate.

Dalam pada itu, kesemua 318 restoran McDonald’s di seluruh negara akan menganjurkan parti Hari Guru pada bulan Mei dan Jun ini. Kru restoran McDonald’s bakal meraikan para guru dengan aktiviti permainan, sesi bergambar dan lain-lain lagi. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas