Berita

2,000 pelumba berentap di KL OCBC Cycle 2019

KHALID-tengah-bersama-Nor-Hisham-menunjukkan-poster-KL-OCBC-City-Ride-2019-selepas-melancarkan-penganjuran-acara-perlumbaan-basikal-di-Menara-DBKL-di-sini-baru-baru-ini
KHALID-tengah-bersama-Nor-Hisham-menunjukkan-poster-KL-OCBC-City-Ride-2019-selepas-melancarkan-penganjuran-acara-perlumbaan-basikal-di-Menara-DBKL-di-sini-baru-baru-ini
- Diterbit 9 Ogos 2019 9:11 AM MYT

Oleh AZLAN ZAMBRY
[email protected]

KUALA LUMPUR – OCBC Bank (Malaysia) Bhd. akan menganjurkan program kayuhan santai Kuala Lumpur (KL) OCBC City Ride 2019 yang dijadualkan berlangsung pada 24 November ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ong Eng Bin, acara yang memasuki edisi keenam itu terbuka kepada mana-mana individu atau pasukan untuk menyertainya.

“Mana-mana individu yang berminat untuk menyertai acara berkenaan boleh menyertai acara berbasikal sejauh 21 kilometer (km) dan kategori 42km yang lebih mencabar.

“Sehingga kini kami telah menerima pendaftaran penyertaan l,500 peserta melibatkan 20 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Britain dan Australia,” katanya pada majlis pelancaran Kuala Lumpur OCBC City Ride 2019 di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini baru-baru ini.

Perlumbaaan tersebut dijangka menarik kira-kira 2,000 peserta dengan pe­ngenalan kategori baharu sejauh 21km.

Majlis itu disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad. Hadir sama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan; Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan acara tersebut, Prof. Datuk Naim Mohamad; Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Al-Amin Bank Bhd., Syed Abdull Aziz Syed Kechik dan Pe­ngarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Mohd. Nazam Harun.

Terdahulu Khalid dalam ucapannya berkata, kementerian menyokong penganjuran aktiviti berbasikal yang dianjurkan oleh pihak OCBC Bank bersempena dengan KL Car Free Morning yang dianjurkan dua kali sebulan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada OCBC Bank sekali lagi memainkan peranan penting untuk terus menjadikan komuniti berbasikal di bandar raya ini berkembang maju.

“Adalah baik untuk mempunyai platform untuk peminat berbasikal untuk mengambil bahagian dalam sukan yang sihat seperti ini dan mendorong diri mereka sedikit lebih mencabar untuk berbasikal tengah-tengah bandar raya,’’ katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas