Berita

2,000 ahli Kelab Satria gegar Dataran Merdeka

PEMINAT kereta sanggup berpanas demi berhimpun bersama rakan-rakan pada Program KL Fest Of Sport Car&Satria Car Club di Dataran Merdeka baru-baru ini.
- Diterbit 7 Februari 2020 3:32 AM MYT

HIMPUN. Kira-kira 2,000 peserta berhimpun pada Program KL Fest Of Sport Car&Satria Car Club yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Program yang diadakan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 (SHWP 2020) itu bertujuan menghimpunkan kelab-kelab kereta di Kuala Lumpur.

Peserta yang terlibat berumur antara 18 hingga 50 tahun.

Program tersebut dirasmikan Pengarah Jabatan Kebudayaan Kesenian Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Nazam Harun.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas