Berita

Sukarelawan bersihkan Pusat Komersial Ayer 8

PUNTUNG rokok antara sampah yang dikutip sukarelawan #kamianakPutrajaya di sekitar Ayer 8.
- Diterbit 7 Februari 2020 3:30 AM MYT

KOMITMEN. Kelab Anak Muda Perdana dengan kerjasama Trash Hero Putrajaya dan Pusat Transit Remaja KafeTEEN Putrajaya menganjurkan program #projektangan: Plogging Challenge.

Program yang bermula pukul 8.30 pagi hingga 11 pagi di sekitar Pusat Komersial Ayer 8, Putrajaya melibatkan seramai 25 sukarelawan #kamianakputrajaya.

Susulan aktiviti itu, lebih 4,256 puntung rokok, 21 botol plastik dan pelbagai sampah dikutip di sekitar lokasi yang ditetapkan.

Diharapkan program tersebut dapat mendidik anggota komuniti, terutamanya perokok di sekitar Putrajaya supaya prihatin terhadap aspek pemeliharaan kebersihan dengan tidak membuang puntung rokok di merata-rata tempat.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas