Berita

1,500 meriahkan Semarak Merdeka Fun Night Run

1,500 peserta dilepaskan pada acara Semarak Merdeka Fun Night Run di Universiti Malaya baru-baru ini.
- Diterbit 26 September 2019 11:22 AM MYT

Seramai 1,500 peserta menyertai acara larian Semarak Mer­deka Fun Night Run sempena sambutan hari kemerdeka­an negara di Dataran Tuanku Canselori, Universiti Malaya baru-baru ini.

Penganjurnya, Ketua Pegawai Eksekutif Trans Borneo Tour, Jamaludin Ahmad berkata, acara itu diadakan bagi memperingati hari kemerdekaan negara sekaligus memperingati jasa-jasa pejuang sebelum ini.

“Acara ini juga menggambarkan bahawa keharmonian dan kesepakatan rakyat Malaysia masih terserlah dalam menyambut hari kebangsaan kita.

“Ini merupakan acara fun run kali ke empat yang kami anjurkan, ter­nyata kali ini juga turut meriah dengan sambutan daripada pelbagai peserta dalam pelbagai peringkat umur, “ ujarnya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan peserta Semarak Mer­deka Fun Night Run di Dataran Tuanku Canselori Universiti Malaya.

Acara yang bermula pada pukul 8 malam itu turut diserikan dengan pelbagai acara kepada pe­ngunjung antaranya cabutan bertuah serta konsert Semarak Merdeka dari pe­nyanyi terkenal antaranya Kugiran Masdo dan Kina Mentor.

Tambah Jamaludin, acara seperti ini akan terus dianjurkan pada setiap tahun kerana sambutan yang diperolehi amat menggalakkan selain dapat mengajar masyarakat tentang erti kemerdekaan melalui acara seumpama ini.

“Walaupun kali ini diadakan di dalam kawasan universiti, sambutan tetap meriah, mungkin tahun hadapan pihak kami akan anjurkan di sini lagi,” kata­nya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas