Berita

12 pelajar di Labuan skor A semua subjek SPM 2019

RAISIN menyampaikan keputusan SPM 2019 kepada pelajar terbaik dari Sekolah Menengah Sains Sains Labuan hari ini.
- Diterbit 5 Mac 2020 7:42 AM MYT

LABUAN – Seramai 12 orang atau 1.24 peratus daripada 964 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan skor A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Kesemua calon tersebut dari 10 buah sekolah di sini telah mengambil keputusan peperiksaan masing-masing bermula pukul 10 pagi hari ini.

Keputusan SPM 2019 menunjukkan penurunan berbanding 14 calon SPM atau 1.55 peratus pada 2018 mendapat skor A dalam semua subjek yang diambil.

Terdahulu Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2019 telah disempurnakan Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Raisin Saidin di Sekolah Menengah St. Anthony.

Secara keseluruhan, bagi calon SPM 2019 di setiap sekolah kerajaan amat memberangsangkan. Daripada 35 mata pelajaran, 15 mata pelajaran telah mencapai tahap lulus 100 peratus. – WILAYAHKU

RAISIN (belakang, tengah) bergambar bersama pelajar-pelajar cemerlang SPM 2019 selepas majlis pengumuman keputusan peperiksaan tersebut di Sekolah Menengah St. Anthony hari ini.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas