Berita

OUM rintis peluang pendidikan untuk semua

KAMPUS utama OUM Kelana Jaya, Selangor.
- Diterbit 10 Julai 2020 7:30 AM MYT

BERASASKAN sistem pembelajaran fleksibel dan terbuka kepada semua peringkat umur mengikuti 48 program pengajian yang kini ditawarkan Open University Malaysia (OUM), secara sepenuh masa mahupun separuh masa.

Dengan kemudahan pembelajaran interaktif di 35 Pusat Pengajian OUM di seluruh negara telah pun menjadikannya antara institusi pengajian tinggi (IPT) kompeten merealisasi hasrat pembelajaran sepanjang hayat, kata Pengarah Pusat Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Terdahulu (APEL) Dr. Mohamad Afzhan Khan.

MOHAMAD AFZHAN

Beliau berkata, inisiatif OUM memperkenal sesi pengambilan para pelajar secara permohonan kemasukan (APEL A) dan
juga pemindahan kredit (APEL C) menjadikanya antara institusi pengajian pilihan golongan bekerja kerana pembelajarannya yang fleksibel, tidak terikat dengan masa.

“Selain memberi lebih ruang dan peluang kepada pelajar mengikuti kelas pembelajaran secara atas talian, atau kaedah bersemuka dan menggalakan amalan berdikari sangat digalakkan OUM sebagai pusat pembelajaran untuk semua.

“Antara program pengajian mendapat sambutan ialah Perniagaan; Pendidikan Awal Kanak-kanak; Kesihatan dan Keselamatan; Pengurusan Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat ditawarkan di semua cawangan terpilih OUM.

“Dengan sesi pengambilan dibuka tiga kali setiap tahun pilihan kemasukan pelajar fleksibel melalui APEL A mengambil kira pengalaman kerja pelajar dan pencapaian pembelajaran terdahulu sebagai syarat kemasukan program pengajian peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana, memberikan kelebihan kepada pelajar.

“Kemasukan melalui APEL A ini turut mengambil kira kemahiran, pengetahuan dan kompetensi di tempat kerja boleh diguna pakai sebagai syarat kemasukan program pengajian dan dinilai untuk kelayakan memindahkan kredit, secara langsung memudahkan pelajar menambahbaik pencapaian akademik masing-masing.

“Kaedah ini memberikan kelebihan bagi golongan bekerja menyambung pengajian di OUM, kerana selain tempoh pengajiannya jadi lebih singkat jika layak memindahkan kredit pendidikan terdahulu, para pelajar juga akan memperoleh ijazah dalam tempoh singkat pada kos berpatutan,” katanya kepada Wilayahku di Kampus Utama OUM Kelana Jaya, baru-baru ini.

Menurut Mohamad Afzhan, konsep pembelajaran sepanjang hayat ditawarkan OUM seiring dengan keperluan semasa masyarakat yang berkeinginan melanjutkan pengajian secara separuh masa dan menggapai cita-cita, tanpa perlu
mengorbankan komitmen sedia ada.

Tambahnya, inisiatif kemasukan melalui APEL A dilaksana selari hasrat OUM untuk membangun modal insan  berpendidikan, seterusnya berupaya menjadikannya antara institusi pendidikan pilihan ramai rakyat Malaysia.

“Dengan 35 Pusat Pembelajaran OUM di seluruh Malaysia, kami tawarkan 48 Program Pengajian peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana, ia menyediakan lebih pilihan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian tanpa kekangan.

“Sehingga kini, seramai 180,000 pelajar mengikuti pengajian di OUM dan sejumlah 85,000 graduan telah dilahirkan sejak ditubuh pada tahun 1999,” katanya yang menambah, tahap keboleh pasaran graduan OUM juga tinggi dalam kerjaya.

Dengan kos berpatutan dan waktu pembelajaran fleksibel, kemudahan pembelajaran di OUM telah menarik minat ramai warga bekerja dari pelbagai lapisan masyarakat memilih mengikuti pengajian ditawarkan dengan semua program pengajiannya mendapat akredetasi, diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Selain mengguna sistem pembelajaran fleksibel, kata Mohamad Afzhan, setiap pelajar juga boleh belajar pada bila-bila masa di mana sahaja tanpa perlu mengorbankan masa bersama keluarga dan mahupun kerjaya.

“Dengan APEL, segala proses pembelajaran lebih mudah di mana pengalaman formal atau tidak formal seseorang akan
dinilai kelayakan masuk alternatif melalui APEL A atau pemberian kredit APEL C.

“Dengan APEL, anda boleh mendaftar apa sahaja program pengajian di peringkat diploma dan sarjana muda dengan mudah walaupun tidak memiliki sijil SPM,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat OUM di talian 03 7801 1800 atau 03-7801 2000 (Speed Line) atau telefon bimbit  012-303 9935 / 019-357 9074 atau e-mel [email protected]

Head Office:
Block C, Kelana Centre
Point, Jalan 857/19, Kelana
Jaya, 47301 Petaling Jaya,
Selangor

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas