Berita

100 bakul makanan diagih untuk penduduk

SENATOR Nuridah Mohd Salleh (tengah) ketika menyerahkan
- Diterbit 21 November 2020 10:34 AM MYT

JALINAN kerjasama strategik dirintis Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Sub Zon 6, dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah memberikan manfaat untuk penduduk di sekitar Taman Salak Jaya dan PPR Salak Selatan.

Hasil kolaborasi MPP bersama Pertubuhan Kasih Al-Ma’wa, Kuala Lumpur; Muslim Care Malaysia Society dan Iltizam by Ekuinas itu membolehkan sejumlah 100 bakul makanan diagihkan kepada penduduk
yang memerlukan di kawasan terbabit.

Program agihan sumbangan itu yang berlangsung 7 November lalu di Dewan Rukun Tetangga Taman Salak Jaya, hasil daripada kutipan terkumpul Tabung We Care COVID-19 yang dilancar oleh pihak penganjur
sebelum ini.

Aktiviti agihan 100 bakul makanan itu berjalan lancar dengan setiap penerima yang hadir untuk mengambil sumbangan disediakan, mematuhi semua SOP ditetapkan demi menjaga keselamatan semua.

Selain penduduk, majlis ringkas namun sangat bermanfaat itu turut dihadiri Ahli Dewan Negara, Senator Nuridah Mohd Salleh, Pengerusi
MPPWP Sub Zon 6, Bukit Bintang, Kamarul Arifin Sharif; Penasihat Pertubuhan Kasih AlMa’wa, Mohamad Azemi Azman Johari dan juga wakil Muslim Care Society Malaysia, Zuriati Yaakob.

Menurut Kamarul Arifin, pihak yang berminat atau bercadang  menyumbang sesuatu, boleh berbuat demikian kepada MPP Sub Zon
6, Bukit Bintang sebelum diagih kepada penerima yang layak melalui siri program selanjutnya selepas ini.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas