Berita

Nyanyi Lagu SITI… AISHAH Nyaris Pengsan Kerana Terlalu Fokus

- Diterbit 21 November 2020 10:54 PM MYT

SEPANJANG kerjayanya 34 tahun sebagai penyanyi, Aishah akui inilah pengalaman pertama dirinya hampir pengsan menyanyi di atas pentas.

Aishah menggantikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu dalam separuh akhir Muzik Muzik 35 (episod 2), malam tadi.

“Pejam celik lima hari kemudian terus on…Waaaaaaa jantung saya. Entahlah samada saya terlalu fokus, penat atau kurang makan seriously masa saya mula-mula nyanyi, saya angkat kepala tiba-tiba kepala berpusing.

“OMG (oh my God), Tiba-tiba kepala saya spin, pitam,badan saya swaying dlm first verse ke second verse. 

“Allahuakbar!!! Mungkin kerana terlalu fokus, tarik nafas banyak oksigen, betul-betul masa tu rasa pitam.

“Masa tu saya dah nak lose balance dah. Dalam hati saya,  ‘Ya Allah aku tak nak buat sejarah artis pitam dan collapse di atas pentaa. I dont know how I continued singing dalam keadaan yang tiba-tiba spin (berpusing) gitu,” katanya menerusi instagramnya.

Aishah juga meluahkan rasa lega apabila berjaya menghabiskan nyanyiannya walaupun dirinya hampir pitam. 

Seriously,I was terrified.Sangat menakutkan! Alhamdulillah saya dapat habiskan lagu dan saya tak lose balance.

Thank you Allah,Allahuakbar satu pengalaman yang sangat menakutkan. Adakalanya memang mudah mengkritik tetapi tugasnya bukanlah semudah yang disangkakan,” ujarnya lagi yang berterima kasih kepada pihak Siti, pencipta lagu Ippo Hafiz, Universal Music dan MVM Music kerana memberikan peluang menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu.

Kepada peminat-peminat di luar sana, janganlah lagi membanding-bandingkan lagi antara Aishah dengan penyanyi asal lagu tersebut iaitu Siti. 

Setiap penyanyi ada cara tersendiri dan Aishah sudah pun melakukan yang terbaik. Semoga lagu Aku Bidadari Syurgamu berjaya ke Anugerah Juara Lagu 35. 

Terdahulu, teka-teki siapa yang menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu terjawab apabila Aishah muncul menyanyikan lagu tersebut. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas